Bulan Sabit Merah Malaysia

Cawangan Negeri Perak Darul Ridzuan

Archive for the ‘Umum’ Category

Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah

Posted by bsmmperak di Disember 6, 2007

Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah

Kemanusiaan
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia.

Saksama
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan.

Berkecuali
Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

Kebebasan
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negaranya. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.

Khidmat Sukarela
Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.

Bersatu
Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua persatuan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama iaitu membantu satu sama lain.

Advertisements

Posted in Umum | Leave a Comment »

Selamat Datang

Posted by bsmmperak di Disember 1, 2007

Selamat Datang ke blog BULAN SABIT MERAH CAWANGAN PERAK

Posted in Umum | Leave a Comment »